Selamat Menjenguk :-)

Sabtu, 9 Oktober 2010

SARUNG LENGAN

Satu hari,satu mesej masuk ke petik masuk saya. Mesej dari adik perempuan saya.

--Hai kakakku…mst rindu kat kitorg kan? Huhu. Heh, ni nak tanya.kwn kpd kwn ak tnya, xtau la sapa.pastu kwn ak tu tnya aku plak sbb dia xtau jwb. Ak pun da pening. Soalannya bbunyi bgini.. “kan nmpak bntuk tubuh tu aurat. Hbis tu yg pakai sarung lengan tu buat apa, ketat jgk,.. (bkn ayat aku, ni xpa lg..ok smbung strusnya) pastu hampa pkai stokin tu pun ap gunanya…nmpk jgk btuk kaki!” lol..apa la..ak rsa mcm sng nk jwb tp ntahla. Hg try jwb plak. Huhu. Pehtu, tnya la org yg lbh ‘alim naa.. then bgtau ak. Thanks. >sabtu ni ktorg nak g peghlih. Yuhuu<--

Saya tak jawab on the spot, sebab nak jawab panjang-panjang (kononnya). Seperti yang dijanjikan, ini jawapanku. Perkara pertama yang terfikir dalam otak ni, budak yang cakap mcm ni mesti sama ada lelaki yang sangat suka mengkritik, atau perempuan yang tak buat semua tu dan sangat suka mengkritik, atau kanak-kanak yang masih di bawah umur (tak matang). -“kan nmpak bntuk tubuh tu aurat. Hbis tu yg pakai sarung lengan tu buat apa, ketat jgk,..”- Agaknya adik ni cakap macam ni sebab dia tengok anak-anak gadis/ perempuan yang pakai baju lengan pendek pastu pakai sarung lengan pulak. Adik, bagi akak dan sebahagian besar perempuan yang lain pakai sarung lengan, kami pakai itu untuk 'keselamatan'. Kadang-kadang, lengan baju yang kami pakai (tak bercekak) akan ‘jatuh’ dan mungkin ternampak lengan kami. Jadi, bila pakai sarung lengan tu, kira terselamat sikit la. Tujuan utama pakai tu bukan nak sembunyikan bentuk tangan (yang rata-rata semua orang tahu bentuk tangan macam mana sebab majoritinya ada tangan), tetapi sebaliknya warna tangan tu. Sebelum akak cakap panjang-panjang lagi dik, elok kita tengok panduan berpakaian wanita muslimah ni sekali lagi yang akak copy saja dari etika menutup aurat muslimah. Ini adalah syarat asasi menutup aurat muslimah dihadapan bukan mahram yg diutarakan oleh syeikh atiah saqar (bekas pengerusi lajnah fatwa mesir). Jika tidak ada salah satu dari syarat ini maka ia tidak dikira menutup aurat. Ianya adalah seperti berikut:

1. Hendaklah pakaian itu menutupi seluruh aurat yg telah ditetapkan. Aurat wanita didepan lelaki bukan mahram adalah seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan. Tidak boleh yg menampak aurat walaupun kecil seperti menampakkan leher, lengan dan sebagainya. Firman Tuhan: Maksudnya: "Dan janganlah wanita2 itu memperlihatkan perhiasannya melainkan yg zahir dan hendaklah memakai tudung yg menutup kepala sehinggalah atas dada2 mereka." (31: An-Nur) Perhiasan yg zahir adalah muka dan tapak tangan. Ini adalah pendapat yg sedehana.

2. Hendaklah pakaian tadi tidak menampakkan warna kulit. contohnya pakaian yg jarang atau yg nipis sehinggakan nampak warna kulit. Inilah yg Nabi sebut sebagai wanita ahli neraka: نساء كاسيات عاريات Maksudnya: "Perempuan yg berpakaian tetapi tidak sempurna atau yg menampakkan warna kulitnya." Hadis sahih riwayat Imam Muslim. Saidina 'Aisyah r.a apabila melihat perempuan yg memakai tudung yg nipis, beliau akan menyuruhnya memakai yg tebal dan berkata: الخمار ما وارى البشر والشعر Maksudnya: "Tudung adalah yg menutupi kulit dan rambut." Suatu hari 'Aisyah r.a melihat Hafsah binti Abdurrahman (anak saudarnya) memakai tudung yg nipis sehingga menampakkan auratnya. Lalu 'Aisyah mengoyakkkan tudung tersebut dan berkata: "Adakah kamu tidak mengetahui ayat yg Allah turunkan dalam surah Nur?" kemudian beliau memakainya dgn tudung yg lain. (Hr Ibnu Saad- sanad kuat)

3. Hendaklah pakaian tersebut tidak terlampau sempit sehingga menampakkan susuk tubuh. Daripada Usamah bin Zaid r.a: Rasulullah s.a.w memakaikanku pakaian qubtiah yg tebal yg mana pakaian itu dihadiahkan kepada Nabi s.a.w oleh Dihyah al-Kalbi r.a. Lalu aku pakaikan isteriku dgn pakaian itu. Rasul bersabda مرها أن تجعل تحتها غلالة فإني أخاف أن تصف حجم عظامها "Suruh isteri kamu letakkan kain dibawahnya. aku takut pakaian itu menampakkan susuk tubuhnya." Hr Ahmad dan lain2 - sanad hasan Asma binti Abu bakar telah menerima pakaian yg nipis. Ketika itu beliau buta. Apabila sahaja beliau memegangnya maka beliau berkata " Ah, pulangkan pakaian ini kepadanya" IBnu Zubair berasa susah hati dan berkata "Wahai ibuku pakaian ini tidak menampakkan warna kulit pemakainya." Asma menjawab: إنها إن لم تشف فإنها تصف Maksudnya: "Sesungguhnya sekiranya ia tidak menampakkan warna kulit tetapi ia menampakkan bentuh tubuh." (Hr Ibnu Saad - sahih) Rujukan: Mausuah alusrah jilid ke dua oleh Syeikh Atiah Saqr.

Dah baca dik? Ni yang utama saja, kalau diikutkan ada lagi yang lain yang telah digariskan oleh orang yang ahli. Adik boleh jumpa dalam mana-mana buku yang sentuh bab ni. Adik baca tak syarat kedua tu? Warna kulit kan? Jadi,perlukah akak terangkan lagi? Akak tak tahu apa sebab ada sebahagian perempuan memakai sarung lengan dengan pakaian lengan pendek tu. Akak tak pasti. Mungkin sebab nak jaga kulit daripada sinaran matahari yang semakin panas saban hari ni, atau dia beranggapan bahawa dia telah sempurna menutup aurat dengan menutup warna kulit lengannya. Apa-apapun, pada akak dan sebahagian yang lain, cara berpakaian mereka tu tak berapa betul. Mereka ni telah menyalahgunakan fungsi sebenar sarung lengan tu. Got the point? “pastu hampa pkai stokin tu pun ap gunanya…nmpk jgk btuk kaki!” Adik, sama jugalah pun dengan kaki ni. Kami nak sembunyikan warna, bukan bentuk (tapi hakikat sebenarnya dapat juga tutup sebahagian bentuk kaki- jari tak nampak- dengan syarat stokin tak jarang). Kalau adik rasa tindakan kami ni tak ok, adik ada cara lain tak yang boleh tolong tutup bentuk kaki dan warnanya selain stokin? Adik ni boring ke? Akak tertanya-tanya kenapalah adik timbulkan soal ni. Macam-macam. Kenapa yang pakai semua ni seperti disalahkan, yang tak pakai tu tak salah ke dik? (akak bukan marah). Yang tak pakai tu lagi 'real' bentuknya dik. Apa yang akak cakap kat atas tu cuma pandangan sebagai orang yang memakai, tak termasuk sebab-sebab kenapa perlu pakai (menutup aurat). Sebenarnya, banyak sebab kenapa kita diperintahkan menutup aurat. You do it, then u will know (andai adik perempuan la). Adik mungkin boleh belajar semua ni secara teori, tetapi yang praktikal lebih baik Agak-agak sampai tak maksud akak ni pada adik? Kalau rasa macam tak setuju dengan akak atau tak faham apa yang akak merepek ni, khabarkanlah ye. Bagitau kat sini pun boleh. Kita berdiskusi ramai-ramai kat sini kalau adik nak. Kepada kawan-kawan atau pengunjung, adik perempuan saya ni nak jawapan dari orang yang 'alim. Saya tak berpeluang tanya sesiapa pun lagi. Jadi, bila saudari-saudari (saudara-saudara pun boleh lah) baca ni, tolong bagi komen ye. Tolong bantu saya yang kekurangan ilmu ini. Terima kasih.

(di petik dari blog sahabat seperjuangan...MAAF...lupa la alamat blog dia..)

1 ulasan:

  1. waalaikumussalam...terima kasih akhi atas segala komen dan nasihat...insyaALLAH..hamba akan berusaha mengelak daripada penyakit2 tersebut dengan izin ALLAH dan teguran dan nasihat..terima kasih banyak2 di ucapkan..(^_^)

    BalasPadam