Selamat Menjenguk :-)

Memaparkan catatan dengan label cerita teladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita teladan. Papar semua catatan

Jumaat, 17 September 2010

JENAZAH ULAMA DI PAYUNGI AWAN SEWAKTU PENERBANGAN UDARA


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.


Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.


Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

(Artikel ini ditulis bagi memperingati kembali tokoh Islam dari Malaysia yang di hormati kawan dan disegani lawan)

Khamis, 28 Januari 2010

PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sunnguh menarik untuk murid-muridnya...Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari...Jadi, jumla pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci...Keesokkan harinya, setiap murid membawa beg palstik berisi pisang masing2... Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji...


SEDAP3....
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci... "Sekarang simpan pisang tu...Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu...Inilah permainannya...Selepas seminggu kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam...Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 di dalam beg...


Hari demi hari berlalu, pisang mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk...Kanak2 itu mula merungut dan marah...Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk...

Ada yang menangis,enggan meneruskan permainan...Seminggu berlalu,pagi2 lagi murid2 Maryam sudah bersorak...Permainan sudah tamat...Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa..."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam...


BUSUKNYAAAA.....
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu...Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir...Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan , mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk..."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati...Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akakn membawanya ke mana saja kita pergi...Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Gikgu Maryam...