Selamat Menjenguk :-)

Ahad, 31 Julai 2011

DIARI RAMADHAN


Assalamualaikum...alhamdulillah, pg ni kita akan mula berpuasa...bermulalah perjuangan kita untuk menangkis gelora melawan hawa nafsu insyaALLAH (^_^)...sempena Ramadhan ini, hamba nak berkongsi tentang perkara2/aktiviti harian yg kita bleh lakukan sepanjang bulan rahmat ini...


Dalam melalui hari-hari di sepanjang bulan Ramadhan, mulakan diari seawal jam 4 pagi (mengikut kemampuan).

JAM 4 PAGI

Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah Dia mematikan aku, kepada-Nyalah aku akan dikembalikan.”

Berniat untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikkan hari ini. Mandi dan membersihkan diri, mengambil wuduk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian. Solat Sunat Taubat. Selepas sembahyang memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa. Solat Sunat Tahajud Solat Sunat Hajat Solat Sunat Witir. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir satu rakaat Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta dan merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa, terima taubat dan amalan kita serta memperkenankan doa dan permintaan kita.

JAM 5 PAGI

Bersedia untuk bersahur dengan berniat dengan niat yang lengkap maksudnya:
“Sahaja, aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana ALLAH Taala.”

Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Sembahyang Sunat Subuh Sembahyang Subuh berjemaah Menyelesaikan wirid harian atau membaca Al-Quran hingga terbit matahari. Elakkan tidur selepas Subuh kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan

JAM 7 PAGI

Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ketempat kerja dengan membaca Bismillah dan memasang niat yang baik-baik. Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua kegiatan diberkati-Nya. Sentiasa berselawat sama ada menyebutnya atau di dalam hati. Banyakkan istighfar/memohon keampunan. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh tanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja yang dilakukan dan yakinlah Dia akan membalas segala kebaikan kita.

JAM 10 PAGI

Sembahyang Sunat Dhuha. Ia mengundang rezeki yang berkat jika istiqamah diamalkan Penuhi masa rehat tengah hari dengan menambah ilmu seperti melalui pembacaan Membaca al-Quran, biarpun hanya sepotong dua ayat. Elakkan dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia seperti bercakap mengenai hal yang tiada apa-apa kebaikan

JAM 12.45 TENGAH HARI

Bersiap untuk solat Zohor Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat Solat berjemaah Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah selepas selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai tanda terima kasih kepada ALLAH yang member nikmat besar dapat menyembah-Nya

JAM 4.15 PETANG

Bersedia untuk solat Asar Solat Asar berjemaah Laksanakan juga Solat Sunat Qabliyah Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid

JAM 6.30 PETANG

Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana waktu itu merupakan masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Ramai orang yang berpuasa, yang meraka dapat hanya lapar dan dahaga.”


JAM 7 MALAM

Apabila masuk Mahgrib, bacalah doa:

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman, dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka.”

Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan tidak makan terlalu banyak Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat Maghrib berjemaah, selepas itu baru makan makanan yang berat.

“Allahumma laka shumtu wa ala rizqika afthartu.”

(Ya ALLAH untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka).
(Riwayat Abu Daud)



JAM 8.30 MALAM

Solat Isyak secara berjemaah dan diteruskan pula dengan Solat Tarawih. Baca Al-Quran dengan penuh tawaduk, seelok-eloknya baca dengan bertadarus.

Semoga bermanfaat..(^_^)

Sabtu, 30 Julai 2011

Persiapan Bulan Ramadhan


Pertama, I'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.


Orang � orang yang saleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan."

Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kedzhaliman sejak bulan Rajab. Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan Rajab dan Sya'ban adalah masa pemanasan(warming up),sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak sudah terbiasa.


Kedua, adalah I'dad Jasadi, yakni persiapan fisik.


Untuk memasuki Ramadhan kita memerlukan fisik yang lebih prima dari biasanya. Sebab, jika fisik lemah, bisa-bisa kemuliaan yang dilimpahkan Allah pada bulan Ramadhan tidak dapat kita raih secara optimal. Maka, sejak bulan Rajab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fisik dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan al-Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail), dan meningkatkan aktivitas saat berkecimpung dalam gerak dinamika masyarakat.

Ketiga, adalah I'dad Maliyah, yakni persiapan harta.

Jangan salah faham, persiapan harta bukan untuk membeli keperluan buka puasa atau hidangan lebaran sebagaimana tradisi kita selama ini. Memersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah, karena Ramadhanpun merupakan bulan memperbanyak sedekah. Pahala bersedekah pada bulan ini berlipat ganda dibandingkan bulan-bulan biasa.


Keempat, adalah I'dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan intelektual dan keilmuan.


Agar ibadah Ramadhan bisa optimal, diperlukan bekal wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Caranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majelis ilmu tentang Ramadhan. Kegiatan ini berguna untuk mengarahkan kita agar beribadah sesuai tuntunan Rasulullah SAW, selama Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkait dengan perlbagai jenis ibadah, atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, juga penting untuk dipersiapkan.

Semoga persiapan kita mengantarkan ibadah shaum dan berbagai ibadah lainnya, sebagai yang terbaik dalam sejarah Ramadhan yang pernah kita lalui. Aamiin.

Sumber Tips : Panduan Ibadah Puasa Ramadhan, Badan Kebajikan Kakitangan Islam, Pembadanan Produktiviti Negara, Malaysia

Jumaat, 15 Julai 2011

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-


1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.


2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.


3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.


6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.


7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.


8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.


9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup auratdengan sempurna.


10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki laintanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.


11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.


12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.


13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.


14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.


Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :



من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Selasa, 7 Jun 2011

BAHAYA MEE SEGERA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...dapat juga hamba x mengupdate dek masalah teknikal...lama betul..mau dekat 5 bulan...(-_-")

hari ni,hamba nk kongsi dgn sahabat2 tentang bahaya makanan yg di gemari oleh warga penuntut universiti...JENG3....

MEE SEGERA

mai kita tengok kandungan ramuan yg terdapat dlm sekeping mee segera...





tu diaa...macam2 bahan kimia kn..emm...pa nk jadi dgn perut kita ni nnt ye...mungkin bukan sekarang kita penggemar mee segera ni yg akan merasai kesan sampingannya, mungkin ambil masa yg lama...apa2 pn, marilah sama2 kita berusaha menjauhi tabiat memakan mee segera ni ye sahabat2...sekian dari hamba...insyaALLAH dlm masa terdekat hamba menyusul lg...(^_^)

Isnin, 15 November 2010

KENAPA PERLU SOLAT AWAL WAKTU MENGIKUT SAINS..(^_^)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengankeceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren

, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialahkreativiti.Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengansistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

RINGKASANNYA :

SUBUH

WARNA : Biru

FREKUeNSI : Frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh

RAHSIA ALLAH :penawar/rezeki dan komunikasi

ZOHOR

WARNA : Kuning

FREKUeNSI : frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

RAHSIA ALLAH :keceriaan

ASAR

WARNA : Oren

FREKUeNSI : frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif

RAHSIA ALLAH :kreativiti

MAGHRIB

WARNA : Merah

FREKUeNSI : Frekuensi jin dan iblis (infra-red)

RAHSIA ALLAH :keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang

ISYAK

WARNA : Indigo

FREKUeNSI : mana frekuensinya bersamaan dengansistem kawalan otak

RAHSIA ALLAH : tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan



QIAMULLAIL



WARNA : Putih, Merah jambu, Unggu

FREKUeNSI : frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

RAHSIA ALLAH : waktu yang sepatutnya manusia dah bangun

Wallahualam.

(SUMBER: iluvislam.com)