Selamat Menjenguk :-)

Isnin, 27 September 2010

BILA DAHI TAK MENCECAH SEJADAH


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,

Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,

Dan Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,

Tutuplah Auratmu sebelum Auratmu ditutupkan,

Dengan kain KAFAN yg serba putih..

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih,

Walaupun org yg hadir itu merintih,

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai,

Lalu dilaksanakan solat jenazah,

Dengan 4 kali takbir dan 1 salam,

Berserta Fatihah, Selawat dan doa,

Sbg memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah..

Tapi apakah 4 kali takbir itu dpt menebus

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian,

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat,

Usunglah dirimu ke tikar solat,

Sebelum dirimu diusung ke liang lahad,

Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat..

Iringilah dirimu ke masjid,

Sebelum kamu diiringi ke pusara,

Tangisilah dosa-dosamu di dunia,

Kerana tangisan tdk berguna di Alam Baqa'..

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,

Dgn panggilan 'Izrail yg menakutkan,

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan,

Kerana ianya berguna utk yg tinggal,

Bukan yg pergi..

Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan,

Namun ketika itu istigfar tdk menyelamatkan..

Ingatlah di mana saja kamu berada,

Kamu tetap memijak bumi Tuhan,

Dan dibumbungi dgn langit Tuhan,

Serta menikmati rezeki Tuhan,

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya,

Sebelum Dia memanggilmu buat kali yg terakhirnya..

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tdk bererti,

Lalu menjadi segumpal darah,

Lalu menjadi seketul daging,

Lalu daging itu membaluti tulang,

Lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti..

Ingatlah asal usulmu yg tdk bernilai itu,

Yang kalau jatuh ke tanah,

Ayam tak petok itik tak sudu,

Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu,

Yang lebih agung dari Malaikat...

Lahirmu bukan utk dunia,

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat..

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solah',

Dgn penuh rela dan bersedia,

Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah',

Jln kemenangan akhirat dan dunia..

Ingatlah yg kekal ialah amal,

Menjadi bekal sepanjang jln,

Menjadi teman di perjalanan,

Guna kembali ke pangkuan Tuhan..

Pada hari itu tiada berguna,

Harta, takhta dan putera,

Isteri,kad kredit dan kereta,

Kondominium, saham dan niaga,

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA...

Selasa, 21 September 2010

ISLAM DAN SAINS

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:



1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa?Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu,kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh disebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.



Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.


Jumaat, 17 September 2010

JENAZAH ULAMA DI PAYUNGI AWAN SEWAKTU PENERBANGAN UDARA


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.


Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.


Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

(Artikel ini ditulis bagi memperingati kembali tokoh Islam dari Malaysia yang di hormati kawan dan disegani lawan)

Sabtu, 4 September 2010

Al-Fatihah Buat Sepupuku..Allahyarham Mohd Yusof..


Ketenangan dan kegembiraan dapat pulang ke kampung pg td untuk berbuka puasa bersama keluarga hari ini menerima sedikit ujian...Jam 6 lebih tadi..(beberapa minit yg lalu), satu panggilan telefon di terima...

Innalillahiwainnailaihirajiun.....






Sepupu hamba telah menyahut seruan Ilahi baru beberapa minit lalu....(T_T)
Terkelu juga lidah ini,namun dengan hati yang redha, ikhlas menerima ujian Allah menjelang Aidilfitri seminggu lagi...

Arwah Yusof pergi dalam bulan yang mulia,Ramadhan...25 RAMADHAN 1431H...Arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya yang berlaku di hadapan rumahnya...sejam lebih lagi masuk waktu berbuka...ALLAHUAKBAR.....moga keluarga MakNjang hamba redha dengan ujian ini...arwah seorang anak yang baik...muda setahun dari hamba....

Mari sahabat-sahabat kita mendoakan kesejahteraan ALLAHYARHAM MOHD YUSOF di alam sana....Moga di tempatkan di kalangan hambaNya yang soleh....

Al-Fatihah....

Jumaat, 3 September 2010

SELAMAT BERCUTI DAN SALAM AIDLIFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN......

Cuti pertengahan semester telah bermula..dua minggu lamanya...hehe...di sini hamba ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua sama ada pelajar sekolah dan juga sahabat2 sekalian...Semoga selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Menyambut Aidilfitri...MAAF ZAHIR dan BATIN.....(^_^)

Rabu, 1 September 2010

7 PERKARA JANGAN SELEPAS MAKAN..

Sekarang ini adalah bulan Ramadhan..Sering kali ketika berbuka,kita rembat saja apa2 makanan untuk berbuka..Selepas itu apalagi....hehe...macam2 kita buat...Disini adalah beberapa larangan2 selepas kita menjamu selera...Sama ada selepas berbuka atau bukan waktu puasa..

1.Jangan Merokok - Penelitian dari para ahli membuktikan bahwa merokok sebatang rokok setelah makan sama dengan merokok 10 rokok (kemungkinan terserang kanker lebih besar)

2.Jangan langsung makan buah-buahan - Langsung makan buah-buahan setelah makan akan menyebabkan perut dipenuhi dengan udara. Untuk itu makanlah buah-buahan 1-2 jam setelah makan atau 1 jam sebelum makan

3.Jangan minum Teh - karena daun teh mengandung kandungan asam yang tinggi. kandungan ini akan menyebabkan kandungan protein pada makanan yang telah kita konsumsi sulit untuk dicerna.

4.Jangan mengendorkan ikat pinggangmu - Mengendorkan ikat pinggang setelah makan akan menyebabkan usus terbelit dan terblokir.

5.Jangan Mandi - Mandi akan menaikan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah dara sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan system pencernaan di dalam perut kita.

6.Jangan Berjalan-jalan - Orang-orang sering mengatakan bahwa berjalan beberapa langkah setelah makan akan memperpanjang umur. Pada kenyataannya hal ini tidaklah benar. Berjalan akan menyebabkan system pencernaan tidak mampu menyerab nutrisi dari makanan yang telah kita makan.

7.Jangan langsung tidur - Makanan yang kita makan tidak dapat dicerna secara baik. Hal ini akan menyebabkan usus mengalami kembung dan peradangan.

Jadi...Marilah kita mengamalkan apa yang patut dan mencegah daripada melakukan apa yang tidak boleh...(^_^)