Selamat Menjenguk :-)

Jumaat, 29 Januari 2010

KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD

Salam ukhwah...hari ini hamba ingin berkongsi dengan semua tentang hormat menghormati sesama makhluk Allah...Ikutilah sirah di bawah ini...Selamat mengambil pengajaran...:-)

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba2 baginda terpandang seekor ulat merah pada debu...

comey3...

Lalu Nabi Daud a.s berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" Sebaik saja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata...Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s... "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallah walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa salim' setiap malam sebanyak 1000kali... Setelah ulat itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s... "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan baginda sangat takut kepada Allah s.w.t, maka Nabi Daud a.s pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t... Begitulah sikap para Nabi a.s apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t...Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah,tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama2 kita tumpangi ini...

Khamis, 28 Januari 2010

PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sunnguh menarik untuk murid-muridnya...Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari...Jadi, jumla pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci...Keesokkan harinya, setiap murid membawa beg palstik berisi pisang masing2... Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji...


SEDAP3....
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci... "Sekarang simpan pisang tu...Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu...Inilah permainannya...Selepas seminggu kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam...Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 di dalam beg...


Hari demi hari berlalu, pisang mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk...Kanak2 itu mula merungut dan marah...Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk...

Ada yang menangis,enggan meneruskan permainan...Seminggu berlalu,pagi2 lagi murid2 Maryam sudah bersorak...Permainan sudah tamat...Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa..."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam...


BUSUKNYAAAA.....
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu...Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir...Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan , mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk..."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati...Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akakn membawanya ke mana saja kita pergi...Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Gikgu Maryam...

Berwaspadalah Wahai Umat Islam!!!

Astaghfirullahalazim................

Terkedu lidah...tersentak pun ada...KENAPA???...
Sebentar tadi hamba terima pesanan dari sahabat tentang satu blog ni...blog ni MENGHINA ISLAM....

MasyaALLAH...sudah termaktud dalam Al-Quran bahawa golongan kuffar sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan umat ISLAM...Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghakis iman dan kepercayaan kita pada agama yang satu ini...Secara terang-terangan ataupun secara tersembunyi...



Wahai umat ISLAM sekalian...INGATLAH....Bahawa dunia kini hampir kiamat...ajal dunia ini makin hampir...maka marilah sama2 kita mempertingkatkan amal kita supaya dapat menangkis cubaan2 golongan kuffar ini...aminnn...

Di sini di sertakan alamat blog tersebut...

http://beritamuslim.wordpress.com

PERHATIAN!!!

.::BACALAH IA DENGAN IMAN YANG KENTAL...SENTIASA MENARUH KEPERCAYAAN BAHAWA APA YANG DI CANANGKAN ITU ADALAH TIDAK BENAR...INSYA-ALLAH,JADIKANLAH IA SEBAGAI IKTIBAR::.

Rabu, 27 Januari 2010

Merenunglah dan Bersyukurlah

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)


Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)


Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)


Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?



Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.


Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.



Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.


Dan janganlah termasuk didalam golongan:

Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.(An-Nahl:83)

Isnin, 25 Januari 2010

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada beberapa jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut ;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
Bacaan Al-Muawwizat iaitu ;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas

CARA :
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruhan anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

2.0 AYATUL KURSI

Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA :
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf.
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

Terjemahan:
(1) Yaa Siin.
(2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,
(3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
(4) (yang berada) di atas jalan yang lurus,
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
(6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.
(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman.
(8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.
(9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA :
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda.
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

KESALAHAN UMUM BACAAN AL-FATIHAH

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat .....
Perbetullah Bacaan Anda mulai sekarang.

Hati-Hati Dengan Makanan Yang Anda Makan!!!

Assalamualaikum wbt...

Syukur alhamdulillah kerana dapat juga mengupdate blog yang serba sepi ini...
Terdapat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan...
InsyaALLAH...disini akn dikongsi pengalaman yang baru beberapa hari lalu yang benar2 membuat diri hamba ini terkedu...

Pernahkah saudara saudari semua melihat label kt kandungan sesebuah makanan???
Dua hari lepas,housemate hamba pergi Langkawi...Dia balik bawa buah tangan...apalagi,coklat la...hehehehe...nama coklat tu TANGO...sedap...dia bagi 4 keping...tanpa lengah masa,ke mulut la jawabnya...nyummmm3...habes pn....
Lepas habis makan tu la,tiba2 datang firasat nk tgk bungkusan dia...belek punya belek,nampak perkataan yang menarik minat hamba...da kod emulsifier makanan mula huruf 'E'...kebetulan hamba ada satu senarai kod2 emulsifier yang HARAM dimakan...MENGANDUNGI UNSUR KHINZIR...




Tadaaa....E476!!! Apa tu???

MasyaALLAH....rupa2nya coklat yang hamba makan td mengandungi lemak KHINZIR...patut la sedap dan lazat sangat...ada lemak 'dia' rupanya...emmmmm....nak buat macammana lagi,benda dh makan...dh sampai kt usus dh pn...sesungguhnya,hamba tak tahu...kalau tahu,tak tergamak untuk hamba lihat,apatah lagi nk jamah...tapi,mungkin ada hikmahnya...hamba tak berhati2 semasa makan...

Tapi...yang musykilnya...KENAPA ADA LOGO HALAL??? Wallahualam...fikir2kanlah....

Cara Cepat Menghafaz Al-Quran


Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad SAW. Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara termudah untuk menghafalkan al quran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperoleh seseorang disertai cepatnya waktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan al-Quran. Teori ini sangat mudah untukdi praktekan dan insya Allah akan sangat membantu bagi siapa saja yang ingin menghafal Al Qur’an.



Disini akan kami bawakan contoh praktis dalam mempraktekannya. Misalnya saja jika anda ingin menghafalkan surat an-nisa, maka anda bisa mengikuti teori berikut ini:

Pertama, Bacalah ayat pertama 20 kali

Kedua, Bacalah ayat kedua20 kali

Ketiga, Bacalah ayat ketiga 20 kali

Keempat, Bacalah ayat keempat 20 kali

Kelima, Kemudian membaca 4ayat diatas dari awal hingga akhir menggabungkannya sebanyak 20 kali.

Keenam, Bacalah ayat kelima 20 kali

Ketujuh, Bacalah ayat keenam 20 kali

Kedelapan, Bacalah ayat ketujuh 20 kali

Kesembilan, Bacalah ayat kedelapan 20 kali

Kesebelas, Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.

Keduabelas, Bacalahayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya