Selamat Menjenguk :-)

Khamis, 19 Ogos 2010

PERLIS BUKAN NEGERI WAHABI


PERLIS BUKAN NEGERI WAHABI
-oleh mufti Perlis

Sewaktu sambutan Ramadan 2010 baru-baru ini, rakyat negeri Perlis digemparkan oleh satu tulisan pada halaman 52-54 Edisi Ogos Majalah Milenia Muslim. Tulisan ini diisi dengan tuduhan palsu dan hasutan ganas untuk menentang negeri Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islam di negeri ini. Hal ini timbul setelah sebelumnya suatu Seminar Pemikiran Islam diadakan di sebuah Akademi Pengajian Islam Universiti awam yang turut mempertikaikan amalan Islam di Perlis yang telah dirasmikan oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seminar yang didakwa sebagai akademik ini ternyata mengulangi tuduhan-tuduhan palsu yang sudah lapuk. Apakah artikel jahat ini adalah kesinambungan daripada seminar yang sebahagian kertas kerjanya memuji Gerakan Ahbash yang telah jelas fatwa kesesatannya oleh al-Azhar dan sebahagian besar ulama dunia Islam.

Majalah Milenia dikatakan ada hubungan langsung dengan sebuah agensi dakwah peringkat kebangsaan yang dinaungi oleh kerajaan persekutuan. Majalah ini seolah-olah menjadi media dakwah rasmi agensi kerajaan persekutuan berkenaan dan diedarkan secara percuma ke masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi agama dan sebagainya di seluruh Negara. Tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada wang milik kerajaan persekutuan untuk aktiviti dakwah penyebaran Islam, tidak mungkin majalah ini boleh berdiri sendiri. Malangnya kelihatan wang awam milik kerajaan persekutuan itu telah digunakan untuk menghasut bagi menentang sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

Perlis adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia. Ia memiliki Raja pemerintahnya yang tersendiri. Raja yang berdaulat ini merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri ini. Hak dan keistimewaan Tuanku Raja dan pengamalan Islam di negeri ini dijamin oleh Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan negeri pada Fasal 5 jelas menyatakan bahawa agama bagi negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Ia telah termaktub sejak sekian lamanya.

Apa yang menjadi kemusykilan ialah, mengapa penulis artikel ini beriya-iya benar cuba memalitkan negeri yang permai lagi mempesona ini dengan tuduhan yang sering dinafikan sendiri oleh DYMM Tuanku Raja Pemerintah negeri Perlis, Ketua Agama Islam negeri Perlis. Yang terkini ialah titah DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sewaktu majlis berbuka puasa Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Jawatankuasa Baitulmal Perlis dan Jawatankuasa Pelaburan Baitulmal Perlis pada 15 Ogos 2010 yang lalu yang menafikan kaitan negeri ini dengan “Wahabi” dan segala tuduhan liar yang menyatakan negeri ini menolak mazhab dan sebagainya. Utusan Malaysia 16 Ogos 2010 turut memetik titah ini kemudiannya.

DYMM Tuanku Raja Perlis sering meminta agar pihak yang keliru dengan pengamalan Islam di Perlis agar datang sendiri ke negeri ini bagi melihat amalan Islam di sini. Bahkan baginda menitahkan agar sesiapa yang meragui amalan di sini untuk membawakan hujah menurut al-Quran dan al-Sunnah bagi membuktikan bahawa amalan ini bertentangan dengan Islam. Namun hingga kini tuduhan liar sahaja yang dilemparkan dan tiada hujah akademik yang konkrit bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah yang dikemukakan.

Perlis menghormati pandangan semua mazhab. Apa yang diamalkan adalah ia tidak terikat dengan mana-mana mazhab dan bertindak memilih amalan yang didapati menepati kehendak al-Quran dan al-Sunnah serta tafsiran para sahabat dan ulama Salafussoleh. Ini dilakukan kerana ia diyakini lebih hampir kepada kebenaran dan ketepatan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Hal ini sebenarnya turut dipraktikkan di negeri-negeri lain yang dikatakan mengikut mazhab tertentu yang sebenarnya turut sama memilih pandangan mazhab lain dalam banyak hal apabila didapati pandangan mazhab mereka sendiri kurang menepati kesahihan dalil syarak.

Perlis sudah membuktikan ia amat dinamik dan progresif dalam pengalaman Islamnya. Negeri ini sentiasa berusaha mencari solusi menurut al-Quran dan al-Sunnah dalam menawarkan penyelesaian isu-isu agama. Lantaran itulah pandangan agama dari negeri ini sering dijadikan rujukan oleh umat Islam seluruh Negara dan sebahagian besar amalan negeri ini dapat diterima di tempat lain secara meluas. Amalan yang bersandarkan nas al-Quran, al-Sunnah dan amalan para sahabat dan Salafussoleh sudah pasti menjadi tarikan kepada umat Islam mengikutinya kerana ia berasaskan dalil dan fakta yang sahih. Inilah rahmat dan hasil pembangunan pendidikan pada semua peringkat di Negara ini.

Apa yang menyedihkan ialah, pada saat kesatuan Negara semakin diperkukuhkan oleh slogan 1MALAYSIA yang dilaungkan oleh Kerajaan Persekutuan, namun masih wujud beberapa agensi agama di peringkat pusat yang mahu mencetuskan perbalahan isu keagamaan. Sedangkan hak setiap negeri telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah wajar suatu pihak dalam agensi kerajaan mencanangkan seruan dan ajakan untuk menentang sebuah negeri yang berada dalam Persekutuan dan menuduh serta menghasut bahawa tindakan dan amalan keagamaan negeri itu adalah salah dan mesti ditentang? Apakah tindakan seperti ini tidak wajar untuk disiasat menurut Akta Hasutan? Atau apakah ini suatu bentuk Perlembagaan baru yang mahu diwujudkan oleh mereka yang bencikan kedamaian Negara ini?

Saya menyeru kepada pihak berwajib agama di peringkat persekutuan agar mengambil tindakan terhadap suara-suara ganjil yang anti perpaduan ini dan sentiasa mahu menghasut rakyat untuk berpecah belah. Saya juga meminta pihak keselamatan menyiasat dalang di sebalik tulisan jahat dalam majalah yang ada kaitan dengan agensi kerajaan ini memandangkan majalah ini disebarkan secara percuma dan meluas di seluruh Negara terutama di premis-premis berkaitan dengan agama Islam.

Semoga Allah terus memberi petunjuk kepada umat Islam Negara ini agar terus beramal menurut al-Quran dan al-Sunnah dan semoga Allah melimpahkan rahmatnya yang berkekalan untuk Negara ini dan memelihara Negara ini daripada anasir perosak dan pemecah belah kesatuan dan perpaduan rakyat.

Dr Juanda Jaya,

Kangar, 19 Ogos 2010.


Rabu, 28 April 2010

Seorang Wanita Islam Warga Mesir Di Bunuh Dalam Mahkamah Di Jerman


Isu Tragis: Seorang Wanita Islam Warga Mesir Di Bunuh Dalam Mahkamah Hanya Kerana Dirinya Telah Menang Kes Hina Pakai Tudung Di Jerman


Isu Ini adalah satu berita sedih yang baru kami terima menerusi email dari seorang sahabat. Kejadian ini sungguh mengejutkan dan pasti meruntun jiwa umat Islam di seluruh dunia. Tragedi menyayatkan hati ini jelas sekali cuba untuk disembunyikan oleh media antarabangsa bagi tidak menimbulkan kekecohan dikalangan umat Islam. Namun, sebagai rasa prihatin dan terpanggil untuk menyebarkan kisah ini maka dibawah ini kami paparkan email yang diterima itu untuk tatapan para pembaca budiman semua.

Semoga cerita ini akan memberi pengajaran buat diri kita untuk dijadikan tauladan serta panduan yang berguna. Sebarkan info ini buat tatapan seluruh umat Islam."Kisah menyayat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini (foto), yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !! Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro. Lelaki terbabit (jirannya) telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali !!

Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4 bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults.

Lagi di sini. Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah...ini baru betul-betul tragis. Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya juga ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan !! Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita. Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah"

Rabu, 10 Mac 2010

Sheikh Al-Azhar meninggal dunia...


Assalamualaikum...
alhamdulillah dapat juga mengupdate blog ni...hari ni,hamba rasa terkejut apabila buka newspaper online tadi...tengok2 berita terkini,TUP-TUP!! satu berita amat menarik perhatian dan menusuk di kalbu....

10 MAC 2010, dunia Islam telah kehilangan seorang tokoh mufti besar abad ini...Sheikh al-Azhar, Imam Sheikh Mohamed Sayed Tantawi telah pergi menghadap Maha Pencipta ketika dalam lawatan ke Arab Saudi...Allahyarham meninggal dunia setelah di serang sakit jantung...Beliau meninggal pada usia 81 tahun...Al-Fatihah untuk Allahyarham...

Khamis, 11 Februari 2010

Sabtu, 6 Februari 2010

Mengapa TIDAK PEDULI?????


Umat Islam marah bukan soal pegang, mengendali, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing... Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan oleh pelajar Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang
diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi....

Sekalipun terpaksa memegang anjing dan babi, tidak mampukah pihak universiti berkenaan menyediakan sarung tangan untuk dipakai oleh pelajar Islam tersebut?

Sekiranya gambar pelajar Islam itu dalam keadaan sedang membuat eksperimen di makmal, melakukan kajian saintifik atau sesi kuliah dalam bidang yang berkaitan memang tiada apa-apa masalah pada gambar tersebut....

Jangan kata hendak pegang anjing atau babi, jika perlu mereka memegang atau membelek-belek kemaluan pensyarah mereka sendiri pun tiada siapa yang peduli, asalkan gambar tersebut dalam situasi sesi kajian sampel-sampel, rawatan atau penyelidikan menurut kurikulum Doktor Perubatan Veterinar....

Malangnya gambar-gambar tersebut tidak begitu. Apa yang umat Islam lihat adalah gambaran sebuah 'kasih-sayang' yang terlampau....

Ini satu bentuk penghinaan terhadap pelajar Islam secara terang-terangan dan seolah-olah terancang....

Hanya pensyarah yang mempunyai niat jahat sahaja yang sanggup melihat pelajarnya beraksi sedemikian....

Apakah ini juga salah satu bentuk 'deraan' oleh pelajar senior selepas episod di Kem latihan tentera udara, penjara Abu Gharib atau sekolah-sekolah berasrama penuh sebelum ini!?

Umat Islam Melayu khususnya - dulu, kini dan selamanya ?mengajar anak-anak mereka jijik terhadap anjing dan babi kerana nilai yang diwarisi daripada ibu bapa ini adalah satu kaedah pendidikan untuk memahamkan mereka bahawa anjing dan babi itu hukumnya najis berat dan haram dimakan....

Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk di Malaysia difahamkan bahawa orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana Islam telah menetapkan hukumnya begitu....

Maka orang kafir perlu menghormati umat Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap jijik kita terhadap binatang najis itu....

Lagipun, amalan bagi masyarakat Melayu jangan kata hendak memegang babi, menyebut namanya pun sudah menjijikkan....

Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Arak haram maka apa-apa yang terlibat dengannya turut haram....

Anjing dan babi najis berat serta haram dimakan maka apa yang datang dari keduanya atau keturunannya tetap najis dan haram untuk dimakan....

Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan mengikut adab yang diajar oleh Islam....

Pensyarah tersebut juga berhujah, ini hanya soal taharah bukannya soal haram dipegang atau haram dipelihara....

Hukum fekah menetapkan anjing dan babi itu najis mughallazah atau najis berat.



Baiklah jika soal taharah, najis sederhana seperti tahi pensyarah atau tahi pelajar itu sendiri, mahukah pelajar tersebut bergambar dan berposing sambil memegang tahi mereka alasan sebagai menerangkan kepada umat Islam bahawa umat Islam boleh menyentuh tahi?

Apa pula yang boleh kita katakan jika pelajar itu bergambar bangga di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri....

Bolehkah kita tersenyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test?

Cukupkah berpandangan bahawa tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja bukan najis berat atau sesuatu yang haram disentuh....

Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar-pelajar Islam yang bertudung bergambar dengan penuh ceria dan bangga di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sekadar membuat kajian atau lawatan sambil belajar?

pelajar Bioprocess Engineering,UniMAP....

Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis-gadis Islam bertudung menari, berjoget dan bernyanyi bersama lelaki di atas pentas atau gadis-gadis bertudung yang turut berpelukan dan berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira menyaksikan artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan dalam program maksiat....

Adakah ini senario yang ingin kita jadikan budaya setelah hampir53 tahun kita merdeka?

Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa yang akan menafikannya....

Tetapi soal bagaimana kita melayaninya telah diajar oleh Islam....

Syaitan adalah ciptaan Allah tetapi ia dilayan dengan laknat....

Manusia ciptaan Allah juga dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya. Haiwan ciptaan Allah turut dilayan mengikut kegunaannya....

Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan kita sekalipun sekiranya berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa masih ada batasnya....

Belajarlah sehingga PhD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik apalah nilai ilmu setinggi itu....

Percayalah jika pemikiran dangkal sebegini berlarutan, orang kafir akan menganggap tiada apa-apa larangan kepada orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis mughallazah ini....

note: segala perkataan atau ayat yang menyinggung perasaan yang boleh dikategorikan sebagai kasar,hamba mohon maaf...Ambil apa yang tersirat yang ingin di sampaikan...Wallaualam....

Fikir-fikirkanlah,wahai sahabat.......

Sai Baba-antara 30 Dajjal Akhir Zaman atau Hanya Manusia Biasa?


Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menarik
perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan
tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tempatnya
India Selatan.
Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari
bumi ini dibahagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).



Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari
Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya
al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as).


Lelaki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasibelahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besimenjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan olehSai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..
Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan
berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak
ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku
adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian
sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA
1) Dajjal seorang lelaki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo,
berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur
pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan
di waktu muda kemudian sembuh kembali.


3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba
memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara
melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain
dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan
yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan
menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman
nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.
Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari
berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik,
sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai
Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian,
cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya
sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan
menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya
adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis
Darshanya, Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan
keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.
Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan
penyakit kanker.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan
menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di
bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari
bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.
Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan
berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai
Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk
lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya
yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan
berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia
biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa
berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang
biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan
air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan
tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan
teologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia
datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan
kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan

wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu,
marilah segera kita kembali (taubat) kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud
akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.
Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari
siksa Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta
dari keburukan fitnah Dajjal."

Dunia kini peringkat keempat akhir zaman


JIKA sebelum ini kita diingatkan persoalan akhlak, kematian, kiamat dan pembalasan syurga dan neraka, mungkin ada baiknya jika direnungkan pula kedudukan kita sebagai umat akhir zaman.

Perhatikan sekeliling kita, adakah sudah wujud tanda akhir zaman? Pernahkah kita ingat satu masa dulu masyarakat Islam di negara kita kecoh dengan kisah ayat al-Quran hilang dari lembarannya atau bumi diselubungi asap (jerebu).

Itu belum dikira cerita anak derhaka sepak kepala ibu atau ludah muka bapa, bercinta dan berkahwin sesama jantina, ajaran sesat dan orang yang mengaku sebagai nabi, rasul dan tuhan, muncul bagaikan cendawan selepas hujan, selain ahli agama dan ulama hanya mementingkan perut dan poket, bukan menegakkan syiar Islam.

Masihkah kita ingat lagi dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, itulah setengah daripada alamatnya. Jika orang yang bertelanjang kakinya tetapi bertelanjang juga tubuhnya, serta pengembala kambing tiba-tiba menjadi ketua kepada orang ramai, itu juga setengah daripada tandanya. Dan, apabila pengembala kambing itu sama bermegah-megah di dalam gedung besar, itu juga setengah daripada tandanya.” Adakah semua tanda ini sudah muncul?

Persoalan utamanya ialah, bila zaman akan berakhir? Pendakwah Indonesia, Muhammad Ihsan Arlansyah Tanjung (lebih dikenali sebagai Ihsan Tanjung) ada menghuraikan isu ini.

Katanya, menurut hadis sahih, masa akhir zaman ini terbahagi kepada lima iaitu pada zaman Rasulullah SAW masih hidup, zaman Khulafa ar-Rasyidin (empat sahabat Nabi Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali), zaman maalikan ‘adhan atau khalifah Islam selepas Ali bin Abi Talib hingga runtuhnya kerajaan Uthmaniah di Turki (1924), zaman maalikan jabariyan atau penguasa diktator (zaman sekarang) dan terakhir zaman kembalinya kegemilangan Islam mengikut sistem khalifah.

Berdasarkan lima zaman ini, kita sekarang adalah zaman keempat atau maalikan jabariyan, sesuai dengan keadaan semasa yang mana penguasa diktator bermaharajalela dan menyaksikan kekalahan umat Islam di mana-mana pelusuk dunia.

Malah, ada pendapat bahawa kita semakin menghampiri penghujung zaman diktator berdasarkan kata-kata sahabat yang disebutkan dalam Atsar, menerangkan tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi yang akan menegakkan khalifah Islam bagi zaman kelima itu.

Menurut riwayat, apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi, banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuhan kerana masalah remeh-temeh dan berperang antara kumpulan atau negara kerana masalah kecil.

Bencana seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung dan banjir semakin banyak terjadi. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia berpenyakit.

Melihat fenomena yang terjadi dalam masyarakat sekarang ini, nampaknya tanda kiamat atau akhir zaman sudah terjadi semuanya? Belum semua. Sudah kira-kira 95 peratus, jadi masih ada lima peratus yang belum terjadi. Jadi,sempat lagi untuk kita mengambil peluang untuk bertaubat. Melainkan....ajal kita yang tidak panjang untuk menempuh hari esok dan bertaubat...Maka,jangan tunggu lagi...mari3...(^_^)