Selamat Menjenguk :-)

Sabtu, 4 September 2010

Al-Fatihah Buat Sepupuku..Allahyarham Mohd Yusof..


Ketenangan dan kegembiraan dapat pulang ke kampung pg td untuk berbuka puasa bersama keluarga hari ini menerima sedikit ujian...Jam 6 lebih tadi..(beberapa minit yg lalu), satu panggilan telefon di terima...

Innalillahiwainnailaihirajiun.....






Sepupu hamba telah menyahut seruan Ilahi baru beberapa minit lalu....(T_T)
Terkelu juga lidah ini,namun dengan hati yang redha, ikhlas menerima ujian Allah menjelang Aidilfitri seminggu lagi...

Arwah Yusof pergi dalam bulan yang mulia,Ramadhan...25 RAMADHAN 1431H...Arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya yang berlaku di hadapan rumahnya...sejam lebih lagi masuk waktu berbuka...ALLAHUAKBAR.....moga keluarga MakNjang hamba redha dengan ujian ini...arwah seorang anak yang baik...muda setahun dari hamba....

Mari sahabat-sahabat kita mendoakan kesejahteraan ALLAHYARHAM MOHD YUSOF di alam sana....Moga di tempatkan di kalangan hambaNya yang soleh....

Al-Fatihah....

Jumaat, 3 September 2010

SELAMAT BERCUTI DAN SALAM AIDLIFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN......

Cuti pertengahan semester telah bermula..dua minggu lamanya...hehe...di sini hamba ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua sama ada pelajar sekolah dan juga sahabat2 sekalian...Semoga selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Menyambut Aidilfitri...MAAF ZAHIR dan BATIN.....(^_^)

Rabu, 1 September 2010

7 PERKARA JANGAN SELEPAS MAKAN..

Sekarang ini adalah bulan Ramadhan..Sering kali ketika berbuka,kita rembat saja apa2 makanan untuk berbuka..Selepas itu apalagi....hehe...macam2 kita buat...Disini adalah beberapa larangan2 selepas kita menjamu selera...Sama ada selepas berbuka atau bukan waktu puasa..

1.Jangan Merokok - Penelitian dari para ahli membuktikan bahwa merokok sebatang rokok setelah makan sama dengan merokok 10 rokok (kemungkinan terserang kanker lebih besar)

2.Jangan langsung makan buah-buahan - Langsung makan buah-buahan setelah makan akan menyebabkan perut dipenuhi dengan udara. Untuk itu makanlah buah-buahan 1-2 jam setelah makan atau 1 jam sebelum makan

3.Jangan minum Teh - karena daun teh mengandung kandungan asam yang tinggi. kandungan ini akan menyebabkan kandungan protein pada makanan yang telah kita konsumsi sulit untuk dicerna.

4.Jangan mengendorkan ikat pinggangmu - Mengendorkan ikat pinggang setelah makan akan menyebabkan usus terbelit dan terblokir.

5.Jangan Mandi - Mandi akan menaikan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah dara sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan system pencernaan di dalam perut kita.

6.Jangan Berjalan-jalan - Orang-orang sering mengatakan bahwa berjalan beberapa langkah setelah makan akan memperpanjang umur. Pada kenyataannya hal ini tidaklah benar. Berjalan akan menyebabkan system pencernaan tidak mampu menyerab nutrisi dari makanan yang telah kita makan.

7.Jangan langsung tidur - Makanan yang kita makan tidak dapat dicerna secara baik. Hal ini akan menyebabkan usus mengalami kembung dan peradangan.

Jadi...Marilah kita mengamalkan apa yang patut dan mencegah daripada melakukan apa yang tidak boleh...(^_^)

Khamis, 19 Ogos 2010

PERLIS BUKAN NEGERI WAHABI


PERLIS BUKAN NEGERI WAHABI
-oleh mufti Perlis

Sewaktu sambutan Ramadan 2010 baru-baru ini, rakyat negeri Perlis digemparkan oleh satu tulisan pada halaman 52-54 Edisi Ogos Majalah Milenia Muslim. Tulisan ini diisi dengan tuduhan palsu dan hasutan ganas untuk menentang negeri Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islam di negeri ini. Hal ini timbul setelah sebelumnya suatu Seminar Pemikiran Islam diadakan di sebuah Akademi Pengajian Islam Universiti awam yang turut mempertikaikan amalan Islam di Perlis yang telah dirasmikan oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seminar yang didakwa sebagai akademik ini ternyata mengulangi tuduhan-tuduhan palsu yang sudah lapuk. Apakah artikel jahat ini adalah kesinambungan daripada seminar yang sebahagian kertas kerjanya memuji Gerakan Ahbash yang telah jelas fatwa kesesatannya oleh al-Azhar dan sebahagian besar ulama dunia Islam.

Majalah Milenia dikatakan ada hubungan langsung dengan sebuah agensi dakwah peringkat kebangsaan yang dinaungi oleh kerajaan persekutuan. Majalah ini seolah-olah menjadi media dakwah rasmi agensi kerajaan persekutuan berkenaan dan diedarkan secara percuma ke masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi agama dan sebagainya di seluruh Negara. Tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada wang milik kerajaan persekutuan untuk aktiviti dakwah penyebaran Islam, tidak mungkin majalah ini boleh berdiri sendiri. Malangnya kelihatan wang awam milik kerajaan persekutuan itu telah digunakan untuk menghasut bagi menentang sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

Perlis adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia. Ia memiliki Raja pemerintahnya yang tersendiri. Raja yang berdaulat ini merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri ini. Hak dan keistimewaan Tuanku Raja dan pengamalan Islam di negeri ini dijamin oleh Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan negeri pada Fasal 5 jelas menyatakan bahawa agama bagi negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Ia telah termaktub sejak sekian lamanya.

Apa yang menjadi kemusykilan ialah, mengapa penulis artikel ini beriya-iya benar cuba memalitkan negeri yang permai lagi mempesona ini dengan tuduhan yang sering dinafikan sendiri oleh DYMM Tuanku Raja Pemerintah negeri Perlis, Ketua Agama Islam negeri Perlis. Yang terkini ialah titah DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sewaktu majlis berbuka puasa Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Jawatankuasa Baitulmal Perlis dan Jawatankuasa Pelaburan Baitulmal Perlis pada 15 Ogos 2010 yang lalu yang menafikan kaitan negeri ini dengan “Wahabi” dan segala tuduhan liar yang menyatakan negeri ini menolak mazhab dan sebagainya. Utusan Malaysia 16 Ogos 2010 turut memetik titah ini kemudiannya.

DYMM Tuanku Raja Perlis sering meminta agar pihak yang keliru dengan pengamalan Islam di Perlis agar datang sendiri ke negeri ini bagi melihat amalan Islam di sini. Bahkan baginda menitahkan agar sesiapa yang meragui amalan di sini untuk membawakan hujah menurut al-Quran dan al-Sunnah bagi membuktikan bahawa amalan ini bertentangan dengan Islam. Namun hingga kini tuduhan liar sahaja yang dilemparkan dan tiada hujah akademik yang konkrit bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah yang dikemukakan.

Perlis menghormati pandangan semua mazhab. Apa yang diamalkan adalah ia tidak terikat dengan mana-mana mazhab dan bertindak memilih amalan yang didapati menepati kehendak al-Quran dan al-Sunnah serta tafsiran para sahabat dan ulama Salafussoleh. Ini dilakukan kerana ia diyakini lebih hampir kepada kebenaran dan ketepatan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Hal ini sebenarnya turut dipraktikkan di negeri-negeri lain yang dikatakan mengikut mazhab tertentu yang sebenarnya turut sama memilih pandangan mazhab lain dalam banyak hal apabila didapati pandangan mazhab mereka sendiri kurang menepati kesahihan dalil syarak.

Perlis sudah membuktikan ia amat dinamik dan progresif dalam pengalaman Islamnya. Negeri ini sentiasa berusaha mencari solusi menurut al-Quran dan al-Sunnah dalam menawarkan penyelesaian isu-isu agama. Lantaran itulah pandangan agama dari negeri ini sering dijadikan rujukan oleh umat Islam seluruh Negara dan sebahagian besar amalan negeri ini dapat diterima di tempat lain secara meluas. Amalan yang bersandarkan nas al-Quran, al-Sunnah dan amalan para sahabat dan Salafussoleh sudah pasti menjadi tarikan kepada umat Islam mengikutinya kerana ia berasaskan dalil dan fakta yang sahih. Inilah rahmat dan hasil pembangunan pendidikan pada semua peringkat di Negara ini.

Apa yang menyedihkan ialah, pada saat kesatuan Negara semakin diperkukuhkan oleh slogan 1MALAYSIA yang dilaungkan oleh Kerajaan Persekutuan, namun masih wujud beberapa agensi agama di peringkat pusat yang mahu mencetuskan perbalahan isu keagamaan. Sedangkan hak setiap negeri telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah wajar suatu pihak dalam agensi kerajaan mencanangkan seruan dan ajakan untuk menentang sebuah negeri yang berada dalam Persekutuan dan menuduh serta menghasut bahawa tindakan dan amalan keagamaan negeri itu adalah salah dan mesti ditentang? Apakah tindakan seperti ini tidak wajar untuk disiasat menurut Akta Hasutan? Atau apakah ini suatu bentuk Perlembagaan baru yang mahu diwujudkan oleh mereka yang bencikan kedamaian Negara ini?

Saya menyeru kepada pihak berwajib agama di peringkat persekutuan agar mengambil tindakan terhadap suara-suara ganjil yang anti perpaduan ini dan sentiasa mahu menghasut rakyat untuk berpecah belah. Saya juga meminta pihak keselamatan menyiasat dalang di sebalik tulisan jahat dalam majalah yang ada kaitan dengan agensi kerajaan ini memandangkan majalah ini disebarkan secara percuma dan meluas di seluruh Negara terutama di premis-premis berkaitan dengan agama Islam.

Semoga Allah terus memberi petunjuk kepada umat Islam Negara ini agar terus beramal menurut al-Quran dan al-Sunnah dan semoga Allah melimpahkan rahmatnya yang berkekalan untuk Negara ini dan memelihara Negara ini daripada anasir perosak dan pemecah belah kesatuan dan perpaduan rakyat.

Dr Juanda Jaya,

Kangar, 19 Ogos 2010.


Rabu, 28 April 2010

Seorang Wanita Islam Warga Mesir Di Bunuh Dalam Mahkamah Di Jerman


Isu Tragis: Seorang Wanita Islam Warga Mesir Di Bunuh Dalam Mahkamah Hanya Kerana Dirinya Telah Menang Kes Hina Pakai Tudung Di Jerman


Isu Ini adalah satu berita sedih yang baru kami terima menerusi email dari seorang sahabat. Kejadian ini sungguh mengejutkan dan pasti meruntun jiwa umat Islam di seluruh dunia. Tragedi menyayatkan hati ini jelas sekali cuba untuk disembunyikan oleh media antarabangsa bagi tidak menimbulkan kekecohan dikalangan umat Islam. Namun, sebagai rasa prihatin dan terpanggil untuk menyebarkan kisah ini maka dibawah ini kami paparkan email yang diterima itu untuk tatapan para pembaca budiman semua.

Semoga cerita ini akan memberi pengajaran buat diri kita untuk dijadikan tauladan serta panduan yang berguna. Sebarkan info ini buat tatapan seluruh umat Islam."Kisah menyayat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini (foto), yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !! Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro. Lelaki terbabit (jirannya) telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali !!

Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4 bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults.

Lagi di sini. Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah...ini baru betul-betul tragis. Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya juga ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan !! Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita. Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm..logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah"

Rabu, 10 Mac 2010

Sheikh Al-Azhar meninggal dunia...


Assalamualaikum...
alhamdulillah dapat juga mengupdate blog ni...hari ni,hamba rasa terkejut apabila buka newspaper online tadi...tengok2 berita terkini,TUP-TUP!! satu berita amat menarik perhatian dan menusuk di kalbu....

10 MAC 2010, dunia Islam telah kehilangan seorang tokoh mufti besar abad ini...Sheikh al-Azhar, Imam Sheikh Mohamed Sayed Tantawi telah pergi menghadap Maha Pencipta ketika dalam lawatan ke Arab Saudi...Allahyarham meninggal dunia setelah di serang sakit jantung...Beliau meninggal pada usia 81 tahun...Al-Fatihah untuk Allahyarham...